Friday, 10 August 2012

AMALI 4


BAHAN SASTERA

1)    Pantun
Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. 
Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya.

Contoh pantun:

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk


Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati

       Pergi mendaki Gunung Daik              
   Hendak menjerat kancil dan rusa          
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa





2)    Syair
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama. 
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

Contoh syair:
Tema : Sayangi Ibu
Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.





BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

   Jenis Tatabahasa:
  1.                  Kata nama
  2.                  Kata Hubung
  3.                  Kata kerja
  4.                  Kata sendi nama
  5.                  Kata nama khas                                                                                                                                 

  6. BAHAN BIDANG ILMU LAIN
                           Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:


























No comments:

Post a Comment