Friday, 10 August 2012

AMALI 4


BAHAN SASTERA

1)    Pantun
Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. 
Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya.

Contoh pantun:

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk


Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati

       Pergi mendaki Gunung Daik              
   Hendak menjerat kancil dan rusa          
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa





2)    Syair
Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama. 
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

Contoh syair:
Tema : Sayangi Ibu
Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.





BAHAN TATABAHASA

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

   Jenis Tatabahasa:
  1.                  Kata nama
  2.                  Kata Hubung
  3.                  Kata kerja
  4.                  Kata sendi nama
  5.                  Kata nama khas                                                                                                                                 

  6. BAHAN BIDANG ILMU LAIN
                           Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:


























AMALI 3





AMALI 2

KEMAHIRAN LISAN

Contoh soalan lisan:

Apakah nama bunga ini?

Apakah nama haiwan ini?
Apakah benda ini?


Apakah kegunaan benda ini?

Apakah nama serangga ini?



KEMAHIRAN MEMBACA

1) Membaca petikan
2) Membaca dialog
3) Membaca pantun

4) Membaca karangan

5) Membaca iklan




KEMAHIRAN MENULIS


1) Bina ayat berdasarkan gambar.



2) Melengkap jadual maklumat.



3) Menyambung cerita berdasarkan gambar.





4) Melengkapkan dialog




5) Melengkapkan dialog










































Thursday, 9 August 2012


  AMALI 1

  JADUAL URL

Tajuk
Tatabahasa Kata adjektif
URL
sinopsis
Laman sesawang  mengenai kata adjektif yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama.
Tajuk       
Tatabahasa Kata Kerja
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai kata kerja yang terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Tajuk
Pantun Dua Kerat
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai pantun dua kerat yang lebih mudah untuk disamakan rima awal, rima tengah dan rima hujungnya.
Tajuk
Sajak
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai sajak  yang berbentuk karangan  berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Tajuk
Simpulan Bahasa
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai simpulan bahasa yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan
Tajuk
Peribahasa
URL
sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia.
Tajuk
Karangan Jenis autobigrafi
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai karangan jenis autobiografi adalah karangan tentang riwayat hidup sesuatu objek.
Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk
Karangan jenis Biografi
URL
sinopsis
   
Laman sesawang mengenai karangan jenis biografi adalah karangan tentang manusia yang menceritakan tentang latar belakang, nama, umur, tempat lahir , tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya 
Tajuk
Syarahan
URL
sinopsis
   

Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan





JADUAL URL VIDEO

Tajuk
Tatabahasa Kata adjektif
URL
Sinopsis
Laman sesawang  mengenai kata adjektif yang menerangkan keadaan atau sifat.
Tajuk
Tatabahasa Kata Nama Am
URL
Sinopsis
Laman sesawang  mengenai kata nama am yang digunakan untuk menunjukkan nama manusia, benda, haiwan atau tempat secara am.
Tajuk
Tatabahasa Kata Nama Khas
URL
Sinopsis
Laman sesawang  mengenai kata nama khas yang terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.
Tajuk
Penjodoh Bilangan
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai penjodoh bilangan yang digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
Tajuk
Kata Ganda
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.