BAHAN
SASTERA
1) Pantun
Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka
dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi
yang amat tinggi nilainya.
Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya.
Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya.
Contoh pantun:
Air
melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Angin
teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan
rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
2) Syair
Syair
ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4
baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat
baris itu pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.
Contoh
syair:
Tema
: Sayangi Ibu
Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau,bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.
Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.
Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.
Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.
Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.
BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang
menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat
sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas
pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Jenis Tatabahasa:
- Kata nama
- Kata Hubung
- Kata kerja
- Kata sendi nama
- Kata nama khas
- BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan
sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan
melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang
lain adalah seperti: